Thursday, October 21, 2010

makanan kita...


Rupa-rupanya tanpa kita sedar, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh main balun aje, sebab itulah puncanya terjadi pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, lumpuh, angin ahmar, sakit jantung dan buah pinggang, keracunan makanan dan lain-lain penyakit yang serius bila kita dah tua nanti. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasulullah SWT tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga diet dalam pemakanannya seharian.


Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN


Jangan makan IKAN + SUSU


Jangan makan AYAM + SUSU


Jangan makan IKAN + TELUR


Jangan makan IKAN + DAUN SALAD


Jangan makan SUSU + CUKA


Jangan makan BUAH + SUSU cth: koktel

# Jangan makan buah selepas makan nasi sebaliknya makan buah dulu sebelum makan nasi.
# Tidur 1 jam selepas makan tengahari.
# Jangan sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yang tinggal makan malam, dia akan dimakan usia dan
kolestrol dalam badan akan berganda.

Jika dan ketika...

Jika kau berasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia... 
Allah tahu betapa kuat sudah kau berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih... 
Allah sudah menghitung air matamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja...
Allah sedang menunggu bersama-samamu.

Ketika kau berasa bersendirian dan teman-teman terlalu sibuk untuk menelefon dirimu...  
Allah sentiasa berada di sampingmu.

Ketika kau terfikir bahawa sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu berbuat apa lagi... 
Allah mempunyai jawapannya.

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau berasa tertekan...  
Allah bersamamu untuk menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau berasa ingin mengucap syukur...  
Allah telah pun memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... 
Allah akan tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah sudah membuka matamu dan memanggil dengan namamu.

ceritaku

 

Buat tatapan diriku sendiri..=)

Wednesday, October 20, 2010

K.R.E.A.T.I.F

kreatif itu..
mengubah kesusahan menjadi kelebihan..
mengubah masalah menjadi cabaran...
mengubah negatif menjadi positif...
mengubah risiko menjadi pelindung..
mengubah kegagalan menjadi pendorong...


mereka yang kreatif itu..
menjadikan kesusahan sebagai kelebihannya...
menjadikan masalah sebagai cabarannya...
menjadikan negatif sebagai positif...
menjadikan risiko sebagai pelindungnya...
menjadikan kegagalan sebagai pendorongnya..

mahu menjadi seorang yang berfikiran kreatif.

miss me


bahagia duniaku



Terima kasih Tuhan..
Atas anugerah cinta ini..
Cinta dunia yang ku harap sampai ke syurga-Mu..
Bantulah daku wahai Tuhanku..
Bimbinglah daku dalam perjalanan bahagiaku..
Agar daku tidak tersasar dari pandangan-Mu..

Terima kasih Tuhan..
Atas anugerah cinta ini..
Cinta dunia yang penuh dugaan..
Tanpa rahmat-Mu Ya Tuhan..
Tak mungkin ku kecapi bahagia ini..

Terima Kasih Tuhan..
Atas anugerah cinta ini..
Cinta yang membawa suka dan duka..
Bantulah daku menghayati anugerah ini..
Agar ku tidak jauh dari-Mu..

Terima kasih Tuhan..
Atas anugerah cinta ini..
Cinta yang bakal membantuku mengecap cinta dari-Mu
Daku kan hargainya sepenuh kudratku..



p/s: cinta-Mu paling ku dambakan Ya Allah..

Tuesday, October 19, 2010

Lumrah bagiku..

Telah sekian lamanya..
Aku masih di situ..
Menjalani perjalanan hidup..
Yang kadang-kala kurasakan maha mencabar..

Telah sekian lamanya...
Diriku setia menapak padanya..
Mengharungi alur lorongku..
Yang belum ku pasti cerah gelapnya...

Telah sekian lamanya..
Aku menjadi temannya..
Setia menjadi sloganku...
Harapnya..setia juga baginya..

Terkadang hatiku berbisik...
Di kala ribut meniup..
Benarkah telahanku selama ini..
Atau ini hanya ujian berteman..

Terkadang hatiku berlagu..
Di kala angin sepoi-sepoi bahasa...
Indahnya saat begitu..
Adakah ia akan sampai ke petang..

Hatiku berbisik kembali..
Di kala badai mendatang..
mampukah aku meneruskan..
berteman sepanjang hayatku..
dengannya sentiasa di sisiku..

Bagiku..
Inilah hakikat berteman..
Ku terima apa adanya..
Ku harapkan matahari akan sentiasa menampakkan sinarnya..
tanpa ada hujan yang bersilih..

Bagiku..
Inilah lumrahnya alam..
Inilah hukumnya alam..