Thursday, October 21, 2010

Jika dan ketika...

Jika kau berasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang seperti sia-sia... 
Allah tahu betapa kuat sudah kau berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih... 
Allah sudah menghitung air matamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja...
Allah sedang menunggu bersama-samamu.

Ketika kau berasa bersendirian dan teman-teman terlalu sibuk untuk menelefon dirimu...  
Allah sentiasa berada di sampingmu.

Ketika kau terfikir bahawa sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu berbuat apa lagi... 
Allah mempunyai jawapannya.

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau berasa tertekan...  
Allah bersamamu untuk menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau berasa ingin mengucap syukur...  
Allah telah pun memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... 
Allah akan tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah sudah membuka matamu dan memanggil dengan namamu.

No comments:

Post a Comment